Tips Dating
Assalamualaikum & salam sejahtera readers :)
Okey entry ini sepatutnya Dating Tips Advice From A 13 years Widow tapi aku malas nak taip panjang-panjang. Asalkan mesej yang aku cuba sampai kepada hangpa semua tercapai. LOL
Setelah 13 tahun aku mengharungi hidup sebagai ibu tunggal dan berkenalan dengan pelbagai lelaki, maka aku rasa teringin nak kongsi pengalaman aku dating dengan lelaki-lelaki tersebut. Tujuannya untuk educate adik-adik atau anak-anak supaya jadi lebih bijak daripada aku (masa aku muda hahaha).
Dating yang aku maksudkan kat sini ialah keluar jalan-jalan tanpa bermalam. Mungkin hangpa pergi lepak Starbaq ke, tengok wayang sama-sama, jalan pusing mall atau pergi muzium. Kalau keluar bercuti 3 hari 2 malam, kita panggil holi-date bukan dating lagi yea. Wajib kawen hehehe.
Sebelum kita dating, kita mesti ada pasangan. Macam mana nak berkenalan dengan pasangan di media sosial/ aplikasi dating? Perkenalan di alam maya perlu lebih berhati-hati sebab kita tak mau jadi mangsa si The Tinder Swindler atau menjadi mangsa keganasan seksual dan perkara-perkara lain yang membahayakan diri kita terutamanya wanita. Selain daripada kita ingin pasangan yang menarik/ handsome atau cantik bergaya dan kemas. Berikut antara perkara yang hangpa boleh ambil maklum sewaktu memulakan langkah berkenalan di alam maya ;-
- Tetapkan pilihan anda. Contoh
- Anda ingin berkenalan dengan seorang yang educated atau mencari seseorang untuk sama-sama travel/ melakukan aktiviti setempat. Atau anda ingin cari partner berniaga/ networking. Atau anda ingin mencari jodoh? That's me 🤣
- Baca penerangan diri bakal pasangan hangpa. Contohnya
- Jadi baca pengenalan diri yang dipaparkan atau lihat pada gambar-gambar yang dikongsikan dan link Instagram (jika disertakan) atau interests yang sama.
Abang Bomba 👍👍👍 |
Red flag 🚩🚩 |
Wanita yang minat aktiviti lasak? Anyone |
Scammer guys. Alert! ⛔⛔⛔ |
Ladies, lari!!! 🏃🏃🏃 |
Siapa suka pakai kebaya? |
Rules of thumb dalam perhubungan aku ialah
- Hormat diri sendiri
- 3 days rule
- Be safe, feel safe
- Tetapkan had diri anda seperti DAY DATES ONLY, NO CAR POOL, NO PHYSICAL CONTACT etc.Hangpa kena bertegas seawal perhubungan supaya bakal pasangan hangpa menghormati diri hangpa.
- Tetapkan matlamat perhubungan anda. KITA HANYA KAWAN BIASA DAN ANDA TIDAK BOLEH BERHUTANG DENGAN SAYA! KITA BERPASANGAN TETAPI ANDA TIDAK BOLEH MENGONGKONG KEBEBASAN SAYA!
- Tengah syok chatting dan si dia mula text kata-kata lucah, menghina diri anda/ pekerjaan/ keluarga anda, mengajar/ mengajak anda melakukan perbuatan yang tidak baik/ menyalahi undang-undang. SILA JAUHI ORANG SEBEGINI. DIA HANYA MEROSAKKAN ANDA.
- Fasa kita baru berkenalan, kita kena beri ruang untuk diri kita dan pasangan kita supaya kita berdua sama-sama selesa.
- Ruang juga dapat mencipta rindu di antara satu sama lain. Iyelah dah 24 jam text, video call etc tetiba tak contact sehari. Mestilah timbul rasa rindu, pastu hati pasti tertanya-tanya; dia okey ke hari ni? kenapa tak mesej/call pon.
- Tapi...jangan lama-lama. Aku letak syarat di dalam hidup aku, sesiapa yang tak hubungi aku lebih dari 3 hari maka berakhirlah hubungan kami. Kenapa? Kerana nobody is busy unless s/he is busy with someone else 💔
- Sebelum hangpa decide untuk berjumpa pasangan hangpa, cuba video call dulu. Zaman sekarang dah canggih dan video call ialah sebaik-baik medium untuk kita bersemuka dengan pasangan kita sebelum kita betul-betul berada disisinya. Jangan terlalu hype dengan kerjaya, berkongsi minat yang sama atau personaliti dirinya sehingga anda semberono mempercayai kewujudan pasangan ideal anda.
- Identiti diri kita boleh direka cipta tetapi fizikal diri hanya satu. Jika si dia tidak sudi video call atau tak pernah beri gambaran sebenar dirinya, maka LARIIIIIIIIIIIIIII 🏃🏃🏃🏃. Dia sedang merencana sesuatu yang tidak baik untuk anda! 😢
- Sebaiknya 1st date di tempat terbuka dan hangpa bersedia untuk berjumpa dengan pasangan hangpa. Tiada paksaan atau desakan dari mana-mana pihak. Jangan bawa wang tunai yang banyak kerana baik lelaki mahu perempuan, kedua-duanya mampu bertindak di luar akal fikiran kita.
- Kehormatan diri, duit, maklumat peribadi ialah perkara yang perlu hangpa jaga. Jangan beri peluang kepada bakal pasangan hangpa untuk mengambil kesempatan terhadap diri anda masa dating.
- Jaga tingkah laku anda. Jangan sentuh pasangan hangpa tanpa keizinannya. Baik lelaki atau perempuan, kita semua wajib menghormati fizikal orang lain.
- Duit anda milik anda. Jangan beri pinjam duit pada hari pertama dating dan hari-hari seterusnya. Pasangan yang suka meminjam duit, dia bukan pasangan anda. Dia scammer. Lariiii 🏃
- Bawa beg/ barangan peribadi anda ke mana saja anda bergerak. Jangan tinggal beg/barangan peribadi dengan pasangan anda melainkan dia ialah suami/isteri hangpa. Zaman sekarang sekelip mata semuanya boleh hilang/ boleh jadi bahan jenayah/ boleh jadi anda dimanipulasi. Ber 💗-💗
- Tetap masa untuk keluar dating. Contoh keluar pada waktu siang atau keluar dating selepas sebulan chatting/ berhubungan.
- Rancang pertemuan. Lets say, hujung minggu atau pagi Isnin dan stick dengan perancangan. Pengalaman hidup aku, berjumpa pasangan secara tiba-tiba dan tiba-tiba dia hilang dari radar. 40 hari pulak baru dia muncul tanpa bersalahnya hmmmmm 🤦
- Jangan terlalu mudah terima pelawaan bakal pasangan untuk keluar bersama walau kita click sejak chat yang pertama. Easy come, easy go. Sabar!
- Bila aku berkenalan dengan seseorang, of course aku nak perhubungan yang dibina kekal ke akhir usia. Jadi aku memang jadi diri aku. Aku makan, aku pakai dan aku ajak bakal pasangan aku buat aktiviti yang aku suka & selesa.
- Beri masa untuk diri hangpa dan pasangan hangpa try and error dalam perhubungan.
- Tapi ambil maklum dan hormat keinginan serta minat pasangan hangpa. Contoh si dia tak suka hangpa pakai shawl jadi kalau hangpa selesa pakai tudung bawal, pakai jelah or else bagitau si dia elok-elok... Pastu si lelaki pulak kalau pasangan hangpa tak suka hangpa merokok bersepah, jangan dok pi merokok depan dia.
- Bila kita bermula perhubungan dengan pembohongan (tak jadi diri sendiri) maka kita sedang mencipta neraka untuk hubungan kita ⛔
- Bab beria (hype) tak tahuan hala memang selalu berlaku terutama si dia jenis menepati ciri-ciri pasangan idaman kita.
- Jangan beri hadiah pada awal perkenalan. Kalau memang teringin nak bagi juga, pilih hari yang sesuai contoh hari lahir, konvokesyen, kenaikan pangkat etc . Ia untuk mengelakan anda dipergunakan untuk kepentingan peribadinya.
- Belanja seadanya. Split bills if both of you feel you all want to do it. Pay if you want to pay for it and don't be too generous. Go for a place that you feel comfortable & within your budget.
- Selain 3 days rule, aku juga tak bagi muka kat pasangan dating yang tak tau menghargai aku. Lets say kami dating-dating-dating pastu dia hilang. 45 hari kemudian dia muncul balik. Sayonara 🙇
- Elak berhubungan dengan spesis chipsmore, sekejap ada sekejap hilang. Seseorang yang mengelirukan anda ialah seseorang yang akan merosakkan diri anda.
- Be happy, walk away & meet someone else. There are billions of people out there waiting for you 👫
Antara moment indah sepanjang perkenalan di aplikasi dating. Jadi pilih kenalan sebaiknya sekurang-kurangnya jika dia bukan jodoh anda, dia masih mampu memberikan anda senyuman💞 |
Comments
Post a Comment