Ulang Tahun Penyelia Asrama ke-10
Assalamualaikum & salam sejahtera readers :)
Tahun ini genap sedekad sebagai Penyelia Asrama dan ia merupakan tahun yang penuh dgn ayaq mata. Apatah lagi tahun ni 85% aku bekerja sorang-sorang sebab partner aku cuti sakit. Nanges!
Tragedi pertama sebagai PA untuk tahun ini ialah diuji dengan kes keracunan makanan :(
3 hari selepas sekolah dibuka, seramai 180 pelajar asrama keracunan makanan. Nanges! Alhamdulillah semua pelajar speedy recovery & takde kes masuk wad.
Elok aku tutup fail keracunan makanan, batch pertama pelajar puteri dijangkiti dengan virus COVID-19. Nanges! 10 orang pelajar asrama yang positif COVID-19 telah dihantar kuarantin di PKRC & 198 orang pelajar yg negatif menjalani dikuarantin kendiri di asrama :(
Selang sebulan, batch ke-2 pelajar putera pula positif COVID-19. Nanges! Oleh kerana fasiliti asrama putera lebih baik, maka semua pelajar yg positif & negatif hanya dikuarantin di asrama putera dgn SOP dan dikunjung bantu oleh pelbagai pihak. Kudos to everyone :)
Ketika exam SPM 2021, asrama-asrama sekolah daerah KMY satu persatu tumbang diserang virus jahat ini. COVID-19 batch ke-3 dikesan di #asman. Nanges! Ujian lisan SPM dan beberapa kertas pertama exam SPM ditangguhkan. Semua pelajar dikuarantin di asrama :(
.
.
Puasa.
20 Ramadan, aku positif COVID-19. Nanges!
Alhamdulillah mak & anak aku sihat sejahtera.
.
.
Raya.
4 Syawal, seorang pelajar asrama puteri kembali ke rahmatullah. Nanges! Semoga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org beriman. Aamiin.
.
.
Buka sekolah era pandemik. Kes COVID-19 pertama. Nanges! Tapi kali ini cabarannya semakin mengecil kerana pelajar yg positif COVID-19 diarah pulang ke kampung & menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing.
Sesungguhnya setiap cabaran & dugaan yang dilalui telah mematangkan diri. Ia mendidik aku menjadi pekerja yg lebih prihatin, penuh empati, beretika, cekap dan cepat bertindak..
Selamat maju jaya batch 12/12. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik & sentiasa amanah di dalam melaksanakan tugasan ❤️
10/12/2012 Hari pertama lapor diri di Parcel E, KPM kemudian dapat watikah dan shoot balik Kedah. Keesokannya lapor diri di SMAHI :) |
Comments
Post a Comment