Rawatan Jerawat Di Hospital Kerajaan #4 (Isotretinoin)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera readers :)

Welcome back to my latest entry and today I will continue to share my experience to treat my acne at our government hospital. As usual, the cost for every follow up (Klinik Pakar) and medication is RM5/ patient. Super cheap!

Okay, setelah makan doxycycline selama beberapa bulan dan result sangat berpuas hati. Aku diuji dengan jerawat kembali semula dan kali ini ia umpama bom. Boomm! Besar & banyak :(

Jerawat aku kembali selepas doktor stop rawatan doxycycline sebab aku dah makan antibiotik ini untuk beberapa bulan dan ia beri kesan yang baik untuk wajah aku. Tambahan, memang antibiotik tak bagus untuk diambil dalam tempoh yang lama. Tapi selepas beberapa bulan, rawatan ini dihentikan (tapi ubat jerawat yang sapu masih dibekalkan), jerawat di muka dan bahu aku naik non-stop. Bahkan 1 biji jerawat ambil masa seminggu ke 2 minggu untuk sembuh. 

Sakit ? Ye...ada yang sakit.

Gatal ? Ye...ada ketika gatal. 

Jadi, doktor decide untuk terus rawatan selanjutnya iaitu ubat oral isotretinoin. Okay seperti pengalaman aku terdahulu (korang boleh baca di sini) , ubat oral jenis isotretinoin sangat berbahaya dan ia tak boleh diambil sesuka hati tanpa preskripsi doktor dan pemantauan berterusan. Ia boleh mengakibatkan kecacatan janin & bayi di dalam kandungan, ia boleh merosakan hati jika dos berlebihan. Oleh demikian, pastikan anda mendapat kebenaran doktor dan melakukan ujian darah secara berkala mengikut peraturan doktor/ klinik/ hospital yang memberikan rawatan kepada anda.

Firstly, kita tengok sejauh mana keadaan muka aku sekarang, freshly today.





You all nampak kan jerawat-jerawat yang naik. Segala jenis ada dan besar, berbiji timbul dan paling banyak area jawlines, bawah dagu. Memang stress betul especially bila mentruals period. Meriahh! 

One more thing yang you all kena consider is rawatan isotretinoin di sesetengah hospital kerajaan adalah terhad. Actually, last few months doktor dah preskripsi aku dengan isotretinoin tapi ubat ini ada kuota untuk 5 orang patient sahaja di HY. Jadi aku kena tunggu hospital mohon kuota tambahan atau pesakit lain habis treatment. Alhamdulillah, turn aku pon sampai dan bermula hari ini aku dah mula rawatan oral isotretinoin untuk jerawat aku :)

Macam biasa sebelum makan ubat oral isotretinoin, pesakit perlu ambil ujian darah terlebih dahulu untuk lihat kesesuaian seseorang terhadap ubat ini. Ujian darah juga perlu dilakukan secara berkala dan akan dimaklumkan kepada pesakit dari masa ke masa. Ujian darah aku seterusnya ialah 2 bulan lagi, iaitu sebelum TCA berikutnya. 

Oratane 20mg
My isotretinoin oral medicine and I have to take this once in two days. So 15 caps for a month.
Caution : isotretinoin will drying our skin so please be aware and moisture face, lips, other part of your body religiously. Use sunscreen as well.

Vaseline
As we know that using isotretinoin will shrink our oil glands and it makes our face, lips, skin drying like hell. So this vaseline is to help moisturize the affected area. 


Pencuci muka
Bulan lepas doktor dah preskrip tapi aku ingat shampu. Aku pakai di rambut takde effect dan aku stop guna. Rupanya tadi farmacyst bagitau ini untuk cuci muka walau ia tulis untuk kelemumur hahahaha.

Ubat gatal
Memang bagus ubat ni sebab gatal-gatal badan, sapu je terus lega. Boleh sapu di muka sebab aku dah try dan ia tak harmful. Ia sejuk dan melegakan muka aku yang gatal-gatal sebab jerawat. Tapi sapu sikit-sikit dan jauh dari mata, mulut dan hidung.


Ubat jerawat
Aku suka ubat ni sebab dia sejuk, mengeringkan jerawat tapi ia juga mengeringkan kulit. Bila apply kena pakai extra pelembab dan sunscreen sebab ia akibatkan parut hitam.

Okay, itu saja perkongsian untuk hari ini. Aku harap ia dapat melegakan jerawat aku dan beri hangpa semua sedikit info yang berguna. Insha-Allah nanti aku share perkembangan pada entry seterusnya.

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts