I AM A COVID-19 PATIENT CAT-2a
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers:)
Officially on 22nd of April 2022, days 112 of 365 and after 765 days of #MCO, I became among on the statistic on Malaysia's COVID-19 cases index!
I thought that I might be among the limited edition Malaysians who are so so immune from this viruses but I'm not! Here I go under 7 days of self quarantine at my home sweet home :P |
Okay, CZ dah empat bulan handle student asrama yang positif COVID-19 dan penatnya subhanallah. Burnt out! Jadi CZ anggap, CZ antara manusia yang bertuah kerana belum dijangkiti dan mungkin tidak akan dijangkiti (I am very obsess to be a limited edition people hahahaha) kerana telah berada bersama-sama kuman ini agak lama dan masih mampu bertahan sehinggalah...
Sabtu I 16 April
Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 di asrama. Half way pendaftaran memang mula rasa berbahang tapi CZ anggap ia normal sebab asrama memang panas, musolla pulak ada tile, puasa lagi. Lencun peluh & badan memang bau busuk giler erkk! Dalam hati ' Oh em giiieeeeeee busuk rupanya peluh aku.Adakah selama ini aku memang busuk mcm ni???' Balik rumah dah petang, mandi & siap untuk berbuka.
Ahad pergi kerja macam biasa. No additional signs even though I'd feel weak but it is more to exhausted since I've been working so hard these months.
Isnin I 18 April
CZ bangun sahur dengan tekak yang perit, kering seolah-olah aku tidur dengan mulut ternganga (bernafas guna mulut). Rasa macam baru lepas keluar OT room pon ada sebab memang tekak rasa lain. Check kelenjar bawah leher kiri, ahhh bengkak! Telan liur pon rasa semacam. Tapi sahur tetap makan macam biasa dan aku minum air asam jawa. Habis 1 cawan (biasa bila sakit tekak minum air asam jawa & setel) tapi perit tekak tetap tak hilang. So CZ ambik asam jawa lebihan minum tadi, campur air dan sapu area jawline kiri dan leher (kering, sapu. Kering, sapu. Berulang-ulang kali sampai subuh). Leher & kelenjar dah slowly rasa the cooling sensation, telan liur pon rasa smooth sikit tapi tekak masih rasa bergerigi macam luka.
Masuk office, buat kerja. Half way rasa tak sedap hati. Buat ujian saliva dan negatif COVID-19. Lega ! Sambung kerja & balik rumah.
Selasa I 17 April
Berbuka semalam aku tak dapat telan makanan dengan baik. Aku makan sekadar untuk hilang rasa lapar dan haus berpuasa. Tekak tak boleh terima makanan pedas. Berapi !
Bangun sahur pagi ni, aku mula rasa tak sedap badan. Perut aku cramp sebab memang aku dalam fasa menstrual period. Tunggu masa nak gugur jer. Aku makan minum seadanya. Lepas Subuh, aku sambung tidur dengan siap pakaian kerja.
Bangun jam 8.30 pagi, aku tekak ke klinik instead ke pejabat. Badan aku mula rasa sangat lemah, antara demam tak demam. Batuk ? Aku start batuk sejak malam tadi :(
Sampai klinik, petugas letak aku bawah khemah pengawasan COVID-19. Doktor tak check-up banyak sebab aku memang sah demam, batuk, sakit tekak tapi aku negatif ujian saliva semalam. Doktor bagi MC 2 hari.
Balik rumah, salin baju, buka puasa, makan ubat, pakai stoking, tidur.
Aku bangun tengahari, hantar MH ke sekolah. Sambung tidur.
Rabu...
Khamis I 21 April
Aku sambung EL sebab aku masih sotong. Badan berpeluh serupa mandi tapi demam tetap tak berlalu pergi.
Jumaat I 22 April
Aku nekad bangun pagi ni, bawa MH pergi shopping baju raya. Firasat aku kuat mengatakan aku dah kena COVID-19. Jadi aku mesti selesai hal raya MH sekurang-kurangnya MH dapat beraya dengan sejahtera.
Sepanjang perjalanan ke Alor Setar aku rasa aku tak bawa kereta dengan baik.
Aku khayal. Aku rasa sekejap panas, sekejap sejuk.
Aku rasa macam microsleep tapi aku masih berjaga, memandu di jalan.
Aku rasa macam aku nak pengsan tapi aku gagah berjalan di dalam pasaraya.
On the way balik, kami singgah farmasi. Aku beli stok ubat demam, ubat batuk, lozeng sakit tekak & COVID-19 test kits.
Sampai rumah, aku test COVID-19 dan kali ni aku cucuk hidung sendiri. Nasib baik aku ada pengalaman 2x kena RTK-PCR masa operation tahun lepas, jadi aku tau dalam mana perlu dicucuk.
No hesitation. Crystal clear and the quarantine begins. |
CZ ialah pesakit COVID-19 CAT-2a |
- Pakai selipar dalam rumah.
CZ buka selipar masa atas katil jer. Turun je katil terus sauk selipar dan selipar tu tak dikongsi dengan penghuni yang lain. Masuk toilet, park selipar di luar dan keluar toilet pakai balik. Jangan berjalan bare foot sebab selagi nama kulit, maka ia memberi pendedahan kepada orang sekeliling.
- Pakai glove untuk pegang benda-benda yang berkongsi contoh periuk nasi/ makanan, peti sejuk dsb.
Oleh kerana CZ sendiri yang cedok makanan dan urus makanan sendiri, mak masak saja tak hidang.Tak kuasa dia nak menghidang hahahaha. Jadi 1 jam sebelum berbuka, CZ akan senduk makanan dulu, sedia air sendiri dsb. Oleh itu, CZ pakai kena pakai glove dan hanya 1x guna bagi satu-satu masa. Jangan gigih nak berjimat. DUIT TIDAK BOLEH BELI KESIHATAN TAPI JIKA NAK SIHAT PERLU DUIT! Melabur sikit demi kesihatan sejagat.
- Sedia bancuhan det*ol / air sanitasi
Disclaimer : semburan det*ol dsb tak menjamin dapat membunuh kuman COVID-19 tapi ia bantu meminimakan penularan. Jadi terpulang pada individu nak guna det*ol ke kloro* ke air sanitasi apa pun. As long as ia tak memudaratkan anda :)
Bila nak guna sanitasi ?
Sepanjang masa. Sepanjang laluan yang kita guna. Setiap kawasan/ tempat yang kita duduk/ pegang. Biasa CZ akan sembur bilik air selepas mandi, tombol dan pemegang pintu bilik air, pili. Tombol dan pemegang pintu bilik tidur. Sinki basuh pinggan dan pili air selepas selesai basuh pinggan makan. Meja makan/ kawasan sekitar yang CZ letak pinggan/ sudu garfu bekas CZ guna.
- Beg pakaian
Semua pakaian yang CZ pakai selama kuarantin akan masuk dalam beg khas. Memang takde siapa pegang dan uruskan. CZ siap sendiri dan tunggu habis kuarantin untuk ke kedai dobi. Baju dalam ke luar ke semua masuk beg ikut jenis masing-masing. Nanti cadar selimut bantal busuk semua akan ke dobi.
- Makanan tambahan
Dan masuk kita ke segmen makan-makan minum sampai sihat. Banyak petua dari orang sekeliling yang CZ amal dan mak usahakan supaya batuk hilang asap. Petua paling ampuh pastinya cengkih. Memang lepas ni kalau batuk memang nak cari cengkih jer xoxoxo
- Minum air rebusan cengkih dan bawang putih
- Minum air kelapa muda (fresh dari buah kelapa)+ garam jantan + perah lemon
- Sup ketam + cengkih
- Lozeng Difflam paling ampuh berbanding jenama lain.
- Air Twis*er oren
- Buah-buahan especially limau
Comments
Post a Comment