Temuduga Penolong Kurator N29
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers :)
Alhamdulillah :)
Tiada kata dapat digambarkan perasaan di hati ini bila berjaya di dalam peperiksaan PPSE memasuki jawatan ini. Ia satu dalam sejuta mungkin dan apatah lagi laluannya terus ke temuduga. Pada awalnya memang bersiap sakan tapi tiba pada hari kejadian terus blur hahahahaha.
Okey, bagi mana-mana temuduga pasti memerlukan persiapan terutama sekali dokumentasi. TOLONG buat 1 fail peribadi yang mengandungi sijil-sijil diri iaitu sijil lahir, sijil-sijil peperiksaan awam (PMR/ SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah dsb), sijil penghargaan (aktiviti ko-kurikulum/ khidmat masyarakat). Ia memudahkan korang untuk simpan dan menyenangkan penemuduga selak page by page pencapaian korang sejak lahir hingga kini.
Susun semua sijil-sijil di dalam ini yeaaa |
CZ ialah calon kedua dan calon pertama ambil masa lebih kurang setengah jam untuk sesi temuduga. Tapi turn CZ cuma lebih kurang 15 minit :( Rasa macam tak puas hati pulak hahahaha.
Firstly mesti mula dengan perkenalan diri.
Penemuduga pertama membuka langkah minta hurai tugas-tugas Penolong Kurator. You all boleh tengok tugas seorang Penolong Kurator N29 di sini kerana ia pekeliling dan lebih accurate untuk anda mengetahui siapa & apa kerja sebenar Penolong Kurator.
You all juga kena pergi melawat muzium, arkib, balai seni lukis atau mana-mana tempat bersejarah/ warisan untuk korang dapat pengalaman tentang kerjaya & susun atur di lokasi. Supaya ada nilai tambah di dalam diri tentang apa yang kerjaya yang bakal dijalani selepas berjaya.
Oh yaaa...kita juga kena tau penempatan jawatan tersebut. Cth Penolong Kurator N29 Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan. Maka study serba sedikit tentang kementerian tersebut - fungsi & organisasi, dasar dsb.
Kemudian beralih kepada soalan adakah CZ pernah ke muzium? Bagaimana cara menarik minat masyarakat ke muzium? Jika CZ seorang Penolong Kurator, bagaimana CZ nak susun atur persembahan di dalam muzium?
Soalan terakhir ialah apakah tempat yang perlu kekal sebagai warisan di Kedah?
Overall temuduga berjalan dengan lancar tapi masa ditemuduga macam blur. Boleh jawab tapi ayat berterabur macam apa je lagi :(
Kasut mesti bertutup & bertumit. Bagi wanita seeloknya handbag sisi. Pakaian sopan & kemas. Bertanda nama bagi penjawat awam. |
Selamat maju jaya kepada semua calon dan bakal calon akan datang. Semoga sedikit perkongsian ini akan membantu anda di luar sana. Jangan berputus asa dan terus berdoa. Insha-Allah kejayaan pasti akan mengiringi usaha anda.
Thanks for reading :)
Comments
Post a Comment