Seronoknya Waxing!

Assalamualaikum & salam sejahtera readers :)


Entri kali ini CZ nak berkongsi tentang waxing atau dalam bahasa mudahnya membuang/cabut bulu-bulu rambut yang berada di tubuh badan kita. 

  Pertama sekali kita jenguk pandangan agamawan kerana sebagai seorang Muslim, sebarang tindakan kita hendaklah berlandaskan al-Quran dan as-sunnah. Agamawan Indonesia menyatakan bercukur/mencabut atau menggunting bulu-bulu dan rambut di kawasan sulit sebagai satu perbuatan sunnah. Hal ini untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut yang diketahui tersembunyi/tertutup. Dibimbangi jika dibiar panjang dan basah akan mendatangkan penyakit/ masalah kesihatan. Namun demikian, jika kita mencukur/mencabut bulu-bulu rambut bagi tujuan kecantikan seperti mancabut bulu kening, ia tidak dibenarkan kerana mengubah fitrah kejadian asal manusia. Wallahualam.

  Sejujurnya CZ tak pernah waxing (like betul² waxing macam pergi parlour etc) tapi pernah guna V**t strips dan ia kurang berkesan. Bulu yang dihajati untuk dibuang tidak tercabut. Rasa macam satu pembaziran dan sejak itu CZ selesa bercukur atau mencabut bulu menggunakan epilator



Epilator.
Berfungsi mencabut bulu rambut dari akar dan lebih mudah guna berbanding tweezer.

Tweezer

  Frankly speaking di rumah CZ memang ada waxing kits yang CZ pernah beli beberapa tahun lalu. Luckily wax tersebut diperbuat daripada madu jadinya tekstur, warna dan sifatnya tidak berubah walau dah bertahun dibiar sendirian di hujung almari haha. Lepas tu CZ terbaca tweet daripada seorang tweet handle iaitu cik @suhailah_sue dan pengalamannya yang tak pernah bercukur. CZ terpanggil untuk mencuba kaedah waxing. Kudos to her and her sharing about
tatacara waxing bahagian sulit (miss V)  & tatacara waxing di bahagian ketiak (armpit). Hampa boleh baca persediaan sebelum, semasa dan selepas waxing. Penting tau!


  Oleh kerana wax ni dah lama dan botol dia agak besar, so CZ scoop dalam 5 scoop wax dan masukkan dalam bekas tembikar tu. Kaedah scoop waxing pon ada caranya iaitu dgn twist mcm korang makan spageti. Wax agak keras dan melekat kuat so susah nak scoop dan angkat mcm kuah kari. Bila kita twist ia lebih mudah dan takde la wax tu berjela² meleleh atas lantai ke apa ke. 


  Selain tembikar, kalau korang nak guna cawan ke jar kecik ke boleh je. Janji bekas tu boleh serap haba panas drpd air panas. Lepas tu ambilkan air panas setengah mangkuk dan letak tembikar/jar berisi wax dalam mangkuk air panas tadi. Make sure air panas tak masuk dalam wax sebab air panas tu tujuan untuk memanaskan wax dlm bekas supaya wax lembut, tak melekit dan mudah sapu pada permukaan kulit. Andai air panas dah sejuk dan waxing tak siap lagi, boleh ulang langkah pertama tadi.

Pertumbuhan bulu ketiak kdg tak tentu hala. Jadi sebaiknya kita bahagi kepada 2 bahagian dan wax ikut arah pertumbuhan bulu. Cuma tarik kain wax ikut pada anak panah putih di atas. 

CZ ambil masa yg lama untuk wax miss V sebab kawasan sensitif. Pastu takut terlalu sakit tapi rupanya takde la sakit sangat.

  Kejayaan waxing byk bergantung kepada kaedah sapu wax dan tarik wax cloth. Macam CZ, memang sapu wax ikut arah pertumbuhan bulu kecuali di bahagian yg susah nak terjah jadi CZ akan sapu ke arah kiri atau kanan spt saranan cik @suhailah_sue. Bila kita sapu wax pada arah pertumbuhan bulu, wax akan licin so bila kita tekap kain wax (kita kena gosok² atas kain wax yg dilekatkan pada kulit supaya wax dan bulu melekat pd kain) so bila kita tarik kain tu nanti semua bulu akan tertanggal. 


  Jika pertumbuhan bulu ke arah bawah dan sapu wax ke bawah. Tekap kain, gosok² sekejap dan tarik kain dari arah bawah ke atas. Kalau bulu tumbuh ke bawah, letak wax ikut arah bulu dan cabut kain pon ikut pertumbuhan bulu, bulu takkan tanggal byk sebab waxing ni menanggal bulu dari akar. Akar tak tertarik dgn berkesan dan keadaan ni buat iritasi pada kulit sbb kita akan ulang wax pada tempat sama berkali². 

  CZ letak wax sebaris² pada satu² bahagian dan nak habis miss V dan armpit memang guna banyak wax cloths. Tujuannya utk elak kesan perit sebab pertumbuhan bulu tak sekata. Lagipun nak tarik dalam kuantiti yang banyak/bulu tebal agak sukar dan sakit. Elok buat sikit² lagipun beginner kan.?Nanti dah expert kita cabut zassss sedas jer hahaha. 

 Apa pun waxing ni memerlukan keberanian bhahaha sebab kita takut sakit terutama di bahagian kemaluan. Boleh ajak spouse tolong hampa waxing. Lepas tu penjagaan selepas waxing, kulit sekitar tempat dicabut tadi mungkin ada iritasi, pendarahan sikit dan agak tegang. Lotion badan dan gel aloe vera sangat baik untuk bantu mengurangkan keradangan. Tapi serius seronok sangat lepas waxing sebab kulit rasa licin macam kulit baby dan bulu rambut yang tumbuh juga lambat dan tak sekasar mencukur. 

  Lagipun waxing ni jimat masa dan duit. Sifat waxing yang mencabut bulu rambut dari akar, jadi pertumbuhan bulu rambut akan lama² baru panjang. Jika dicukur kejap je dah naik semula dan tajam/kasar. Kita juga kena beli pencukur banyak kali utk kegunaan tahunan dan harganya menyamai harga waxing kits atau lebih lagi. Jadi eloklah kita cari masa sejam dua jam waxing bahagian badan kita dan bertahan selama +/- 2 bulan. 


  Zaman sekarang pon banyak parlour dan pusat kecantikan tawar khidmat waxing. Semestinya buat di parlour lebih selamat dan lebih berkesan sebab pekerja dah mahir. Kita baring dan orang buatkan. Jadi kita takde konflik dalam diri masa nak tarik wax cloths. Tapi CZ seorang yang cheapskate, buat apa bazir duit ke parlour kalau kita boleh waxing sendiri? Kan kan... Selamat mencuba.

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts