Lipoma (?) Part 2

**Disclaimer
Entri ini mungkin mengandungi intipati yang kurang senang bagi sebilangan netizen. Apa yang cuba disampaikan ialah info-info sebenar yang diharap akan membantu anda mendapatkan gambaran dan maklumat yang jelas tentang prosedur pembedahan dan rawatan di hospital kerajaan. Sesungguhnya CZ mengkagumi dan menghormati kesungguhan dan usaha yang telah diberikan oleh pihak perubatan selama CZ dirawat di sini. Kudos kepada pasukan perubatan Wad Kenanga 3D, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan pasukan pembedahan Jabatan Ortopedik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan semua unit yang terlibat. 

Assalamualaikum readers. Apa habaq semua? 


 Okay, kita bersambung daripada entri terdahulu yang mana CZ ceritakan tentang fasa cara-cara mendapatkan rawatan pakar di hospital kerajaan. Manakala entri ini solely tentang pembedahan lipoma (?) yang telah dijalani pada 5hb Oktober 2019.

  Sejujurnya CZ agak takut untuk jalani pembedahan ini. Bukan kerana ia pembedahan tapi kerana ia melibatkan anggota badan, kaki. Yelah kita taktau apa akan terjadi selepas pembedahan. Adakah masih boleh berjalan atau perlu masa yang lama untuk berjalan? Adakah komplikasi? Adakah ia akan mengganggu lutut? Adakah apakah hmmmmm.. Macam² bermain di fikiran tapiiiiii  Allah S.W.T. Maha Berkuasa. CZ blh bjalan, tidur pon bergolek sini sana, tertindih pon tak rasa apa. Cuma takut bila nak buka jahitan nanti laaa :)

 Ketulan di betis CZ masih belum diketahui samada ia lipoma atau sebaliknya. Oleh kerana laporan MRI dan x-ray sebelum ini yang tiada kelainan, maka CZ klasifikannya sebagai lipoma kerana lipoma terbentuk oleh lemak. Keadaan ketulan tersebut yang tiada attachment pada mana-mana otot/urat saraf/isi di betis, ia sendirian. Ia lebih kepada cyst tapi macam pelik sangat cyst di betis kan kan? Hahaha. 


Beginilah rupa cyst tersebut. Ia agak terbonjol di bawah lapisan kulit betis. Ia tak pernah berdarah, bernanah, sakit atau mengganggu aktiviti harian. Bahkan CZ boleh berlari, melompat, bersukan tanpa gangguan namun demikian bila pakai seluar memang ia akan nampak tersemboi. Huduh!

Ini namanya borang kemasukan ke wad. Bagi kes yang bukan daripada Jabatan Kecemasan, HSB maka borang inilah arahan untuk kita masuk ke wad. Pada borang dinyatakan sebab kemasukan ke wad.

 Entri kali ini agak kontroversi kerana CZ mendaftar masuk ke wad seawal 8 pagi, 4hb Oktober 2019. Semasa CZ mendaftar masuk, ada 4 pesakit lain juga mendaftar masuk kerana mereka juga akan dibedah pada keesokannya untuk pelbagai masalah tulang dan penyakit berkaitan tulang. Namun demikian, berlaku perkara diluar jangkaan/ kawalan apabila kami terpaksa menunggu selama 11 jam untuk mendapatkan katil kerana tiada katil kosong. 

 Sejujurnya mana ada manusia yang penyabar tapi keadaan di wad yang crowded dengan pesakit dan pesakit-pesakit lain yang lebih kritikal tapi stabil keluar masuk menyebabkan CZ insaf dan sabar menunggu. Bayangkan pesakit yang diwad patah kaki tangan, kaki tangan penuh besi, kaki tangan diletakkan ladung. Pesakit hanya mampu menggerakan kepala dan terbaring 24 jam. Allahu, serius CZ rasa sedih. Tak dapat dibayangkan jika CZ ditempat mereka. Patah riuk sebegitu dan mengharapkan belas ihsan ahli keluarga dan kepakaran pasukan perubatan. Rentetan itu, CZ dan beberapa pesakit lain hanya menunggu dari sejam ke sejam untuk ditempatkan di katil masing². 

 FYI, kami diberi tempat duduk di ruang menunggu dan makanan serta minuman walau kami tiada katil. Tapi kami sudah berdaftar sebagai pesakit dan dilayan sewajarnya sebagai pesakit. Doktor yang merawat kami juga sudah mula diagnosis kami semua seawal 2 jam pertama kami mendaftar masuk. Walau diagnosis dilakukan di tempat terbuka (ruang menunggu) tetapi profesionalisme dan kredibiliti para doktor dan jururawat haruslah dipuji. Mereka sedaya upaya menjalankan tugasan mereka walau di dalam keadaan yang sesak. Tahniah KKM! 

Check-in !
Masuk hospital pakai selipar jamban sudahlah sebab esoknya nak operate tak boleh pakai kasut huhuhu.

Tanda check-in.
Bila masuk hospital perkara utama yang dibuat ialah ambil sample darah. Kumpulan darah CZ ialah AB+ dan doktor cakap kumpulan darah CZ rare. 

Tadaaa Wad Kenanga 3D khas untuk rawatan tulang. Semua pesakit yang ada masalah tulang patah, kelainan pada anggota badan yang berkait/ kedudukan berhampiran tulang. Jadi anda boleh faham kenapa wad ini crowded kan?

Okay CZ kuat makan hahaha.. 11 jam menunggu buat CZ lapaq so keja ulang makan jer lagipon makanan di kafe HSB sedap weyh 

Akhirnya, boleh tidur lenaaa hahaha!
CZ dapat katil tambahan dan pihak misi memang ada memohon maaf krn sbg penjawat awam, CZ hny diberi katil tambahan. It's okay. Darurat kan? Chillax.

Tadaaaa inilah pakaian rasmi hospital kerajaan. Cantik bukan? Actually, bila korang warded di hosp, korang tk pyh bawa baju pon. Bawa toileteries dan baju sepasang utk pakai lps discharges sbb you all mmg wajib pakai baju ni. Salin la 10 helai pon nurse tak marah. 

Frankly speaking, pakaian pesakit wanita di hosp kerajaan sejibik mcm baju kurung CZ. 😂😂😂😂😂

Ini pula pakaian pembedahan. Seingat CZ last time pakaian pembedahan warna biru muda. Jadi kalau pegi hosp nampak pesakit pakai baju ni, maknanya dia baru nak ke dewan bedah atau baru dibedah.
Rupanya macam maxi dress dengan tali diikat di belakang.

 Seawal jam 8.30 pagi, CZ dah ditolak ke dewan bedah. Pembedahan ini dipanggil Locum OT dan dibius separuh badan daripada pinggang ke kaki. Ubat bius disuntik di tulang belakang dipanggil spinal anaesthesia. Sakit? Ye boleh tahan la. CZ perlu peluk bantal dan bongkok badan dan jarum disuntik ke spinal area. Selepas 15-20 minit dah mula rasa kebas dan kaki memberat seperti ketul batu. Dalam tempoh proses kebas tu, perot pon mula mual, rasa macam nak pengsan, nak muntah, mengantuk tak payah cakap la. Menguap berkali² dan pakar bius, jururawat pembedahan dan doktor memang memantau keadaan kita. Dorang akan berinteraksi dengan kita dari masa ke semasa. 

 Proses pembedahan pula ambil masa sejam sehingga selesai balut luka. Agak lama juga walau kita tengok cyst tu setempat je kan? Keadaan di dalam bilik bedah memang sejuk dan cZ diberi heater. Kalau takde heater mmg tak boleh bedah sbb asyik menggigil je hahaha. Habis operation, CZ ditempatkan di rest bay selama +/- satu jam. Di sini CZ direhatkan untuk memastika keadaan CZ stabil, tiada komplikasi/pendarahan, dalam masa sama neutralise ubat bius tadi supaya badan kita kembali sensitif seperti asal. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan ditolak kembali ke wad dengan selamat. 

 Setibanya di wad, jururawat memaklumkan langkah penjagaan diri selepas pembedahan. Oleh kerana CZ dibius di tulang belakang, maka CZ dilarang bangun selama 6 jam. Hanya boleh mengiring untuk makan dan minum. Apabila masuk jam ke-5 selepas pembedahan, perut mula rasa mual. Mungkin kerana CZ tak makan apa² sejak jam 8 malam semalam, masa ini dah pukul 3 petang. Jadi gastrik mungkin dan CZ muntah sebanyak 3 kali :(  Makan, muntah. Lepas tu nurse masukkan ubat tahan muntah dan semuanya kembali normal. Pukol 4.30 ptg, CZ mula bangun duduk dan alhamdulillah, nothing bad happened. Jam 6 petang CZ discharged yehaaaa! 

Beginilah discharge note.
Di dalamnya dinyatakan prosedur yang telah kita jalani, bila perlu jumpa doktor semula, berapa hari MC, bila buka jahitan so on.


Part paling ramai bertanya ialah kos pembedahan.
Inilah kos pembedahan di hospital kerajaan iaitu RM3,087.00 dengan pakej 2HM. Tapi sebagai penjawat awam, CZ dikecualikan sebarang bayaran. Bagi orang awam juga anda akan dikecualikan bayaran dan mungkin hanya perlu bayar kos wad sahaja kerana lain-lain kos ditanggung oleh pihak kerajaan. 

Tadaaaa! Aku dah pening tengok tulang belut ni hahahaha.

 Berakhirnya pembedahan ini, maka berakhirlah kerisauan CZ. Setelah bertahun-tahun menyimpan cyst ini akhirnya diri ini bebas daripada sebarang keganjilan. Alhamdulillah. Kita tunggu untuk appointment akan datang dan review hasil biposy. Diharapkan ia cuma lemak biasa. 

 Di kesempatan ini djuga CZ menzahirkan ucapan penghargaan kepada warga KKM terutamanya Klinik Pakar Ortopedik,  Wad Kenanga 3D (Ortopedik) dan Jabatan Bedah Am, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar yang mengambil perhatian serius terhadap masalah CZ. Jika diukur dari masa kali pertama mendapatkan rawatan iaitu pada Jun 2019 dan dibedah pada Oktober 2019, ia merupakan satu proses yang pantas. Kakitangan hospital juga mesra dan sangat baik. 

 Semoga perkongsian ini dapat memberikan maklumat yang diperlukan untuk anda. Jika sakit/terdapat keganjilan pd anggota badan, silalah rujuk kepada pakar perubatan. Insha-Allah semua pakar perubatan bertauliah dan berpengalaman di dalam bidang masing-masing. 

*************************
Sebulan selepas pembedahan, CZ berjumpa semula dgn doktor utk review hasil pembedahan dan melihat keadaan semasa diri CZ pasca pembedahan. Alhamdulillah CZ sihat walafiah dan fungsi tubuh berjalan spt biasa, biopsi menunjukan ia adalah epidermist cysts, bukannya lipoma seperti telahan awal. Maka doktor discharge CZ daripada rawatan susulan kerana ia sejenis cyst yg tidak membahayakan diri :)

Thanks for reading :)

Comments

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Phục vụ cho nhu cầu vận chuyển container bằng đường bộ ngày càng lớn, vận chuyển xăng dầu bằng đường sắt và vận tải, gửi hàng hóa vận chuyển xe máy bắc nam bằng đường sắt cũng đã xây dựng nên những qui trình, dịch vụ vận chuyển hàng hóa bằng các toa xe chuyên dùng chuyên nghiệp và có hệ thống. Đảm bảo mang đến chất lượng tốt nhất cho khách hàng sử dụng dịch vụ.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts