MRI
Assalamualaikum semua :)
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019.
Hari ini akak akan berkongsi tentang pengalaman akak menjalani ujian imbasan MRI (magnetic reasonance imaging). Ia merupakan satu ujian yang dilakukan menggunakan gelombang magnet, gelombang radio dan komputer utk mendapatkan gambaran tubuh badan kita secara terperinci. Oleh demikian, semasa menjalani imbasan ini kita akan mendengar bunyi tembakan, bunyi getaran, bunyi mcm radio hilang siaran. Anda boleh dapat maklumat lanjut berhubung MRI di laman web ini.
Sebelum akak menjalani ujian MRI, bila akak dengar je ada org [erlu menkjalani ujian MRI. Akak beranggapan "eh apa terok sgt sakit dia sampai kena buat MRI?". Tapi sebenarnya imbasan MRI sama juga seperti X-Ray, CT Scan, Ultrasound. Ia cuma satu ujian imbasan yang bertujuan untuk mendapat imej sebenar dalaman badan kita supaya proses dan prosedur rawatan lanjutan dapat dilaksanakan dengan lebih tepat.
Oleh itu, akak berharap perkongsian akak ini akan dapat membantu anda semua memahami ujian MRI supaya anda mendapat gamabaran sebenar yang jelas dan info yang tepat.
Mesti hampa semua tertanya-tanya kenapa akak perlu menjalani ujian MRI bukan? Okay, ia bermula apabila akak disyaki ada #lipoma. Kedudukan lipoma akak seolah melekat di kulit betis dan betis ada tulang. Oleh demikian, pakar ortopedik sarankan untuk akak menjalani ujian MRI supaya proses dan prosedur pembedahan membuang lipoma tersebut nanti berjalan dengan lancar, insha-Allah.
Okay, sebelum kita buat ujian MRI, ada beberapa perkara penting yang perlu kita ambil perhatian :-
1) NO METALS
1) NO METALS
- seperti diketahui bahawa MRI menggunakan gelombang magnet. Maka segala jenis besi, implan, emas, jam tangan, tembaga, duit syiling, telefon bimbit dan seumpamanya tidak boleh dipakai/ dibawa semasa prosedur MRI. Jadi seeloknya jangan pakai barang berharga semasa hari prosedur. Loker ada disediakan sekiranya anda terlupa dan risiko kehilangan atas tanggungan sendiri. Sekiranya anda pernah diimplan/ ada besi di dalam tulang/badan, sila maklumkan kepada radiologi anda.
- Sekiranya anda menjalani MRI satu badan, seeloknya anda tidak make-up pada hari tersebut. Losyen badan/ alat solek akan mengganggu proses MRI kerana ia tidak dapat menangkap imej badan kita sebaiknya sebagaimana yang dikehendaki. Hal ini kerana fungsi mesin MRI yang sangat sensitif terhadap sebarang pergerakan dan perubahan semasa.
- Kebanyakan prosedur perubatan mengkehendaki anda untuk berpuasa. Oleh demikian, sila patuhi masa berpuasa yang telah ditetapkan kerana jika anda gagal mematuhi arahan ini, prosedur tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan. Jika anda perlu makan ubat berkala, sila dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda dan patuhi arahan mereka.
Ini ialah surat temujanji MRI. |
Semua prosedur perubatan di hospital kerajaan ialah melalui temujanji. bagi prosedur MRI di HSB, tempoh menunggu bagi ujian MRI ialah 7 bulan. Tapi oleh kerana kes akak dianggap kes kecemasan, maka akak dapat buat MRI dalam tempoh 3 bulan selepas sesi rawatan pertama. Keputusan MRI boleh diketahui segera (semasa proses MRI) tapi akak tak dapat tau hari tu jugak sebab radiologi akan serahkan keputusan kepada doktor yang merawat akak untuk tindakan lanjut.
Semasa prosedur MRI, radiologi akan beritahu kita beberapa perkara penting. Hal ini kerana radiologi hanya memantau kita dari luar bilik MRI dan berkomunikasi dengan kita melalui earphones dan butang kecemasan yang dibekalkan :-
1) JANGAN BERGERAK
- Oleh kerana MRI merupakan proses imbasan yang sensitif, maka setiap gerakan akan merencatkan imej yang dihasilkan. Oleh demikian, setiap pesakit perlu mendapatkan posisi berbaring yang selesa dan santai supaya anda zero-movement semasa prosedur dijalankan.
2) BUTANG KECEMASAN
- Diameter mesin MRI ialah bersamaan saiz badan pesakit. Bagi seseorang yang jenis panic attack, hampa memang akan jadi panik dan mungkin ada masalah semasa disorong ke dalam mesin. Oleh demikian, ada dibekalkan dengan satu butang kecemasan dan anda boleh picit kalau anda rasa anda tak boleh teruskan prosedur. Tapi harus diingat, sekiranya anda batalkan prosedur yg sedang dijalankan, anda kena bermula semula dari awal.
Suasana di dalam bilik MRI semasa prosedur dijalankan sangat bising. Walaupun kita dibekalkan dengan earphones dan diperdengarkan muzik (semasa akak buat, radiologi perdengarkan siaran radio HOT FM), bunyi semasa prosedur dilaksanakan sangat kuat.
Adakah sepanjang masa kita akan dengar bunyi tembakan? Tidak!
Bunyi tembakan meriam hanya kedengaran 2/3 kali semasa prosedur iaitu semasa permulaan, pertengahan dan akhir prosedur. Memang ia sangat kuat dan mengejutkan. Ia kemudian disusuli dengan bunyi seperti radio bila ada mesej masuk. Kemudian ia diselang seli dengan bunyi getaran yang kuat. Pendek kata sepanjang sesi mesin MRI dijana, buny-bunyian ini akan dihasilkan. Kekuatannya menenggelamkan bunyi muzik yang diperdengarkan. Tempoh bunyian ini berlangsung selama 5-10 minit atau lebih kurang 2 buah lagu setiap sesi dan ia akan berehat selama 1 ke 2 minit sebelum disambung semula sehinggalah mencukupi tempoh prosedur iaitu selama 30 minit hingga 45 minit.
Bagaimana panic attack terjadi?
- Suasana di dalam mesin MRI yang sempit. Diameter mesin MRI memang kecil terutama bagi pesakit bertubuh gempal. Bagi pesakit bertubuh sederhana, ia just nice kerana masih banyak ruang di sekeliling kita. Bagi pesakit yang fobia dengan tempat sempit, ia memang satu pengalaman yang mengerikan.
- Perlu berbaring lama dan kekal tanpa gerakan. Perkara ini perlukan latihan dan persediakan mental dan fizikal yang kuat. Bagi pesakit yang aktif, memang agak sukar untuk sesuaikan diri dgn prosedur ini. Apabila kita terlalu stress untuk kekal di dalam satu posisi di dalam tempoh yang panjang, kita akan jadi gelisah. Oleh demikian, kita terdorong untuk menekan butang kecemasan.
- Bunyi yang kuat. Gelombang bunyi yang dihasilkan oleh mesin MRI agak kuat dan lama. Ia sememangnya menggangu mental pesakit kerana terpaksa mendengar pelbagai bunyi pelik dan mungkin menakutkan bagi pesakit cilik. Bahkan agak sukar untuk pesakit kekal positif di dalam suasana yang bising. Keadaan ini menyebabkan pesakit menjadi stress dan hilang kawalan.
Tips prosedur MRI
1) FAHAMI PROSEDUR MRI.
- Prosedur MRI ialah imbasan imej tubuh pesakit menggunakan gelombang magnet. Ia tiada radiasi seperti imbasan X-Ray. Ia sensitif dan pesakit perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.
2) PEJAM MATA
- Secara fizikalnya apabila kita pejam mata kita akan lebih bertenang. Apatah lagi sekiranya anda menjalani MRI satu badan, cahaya yang dihasilkan oleh mesin MRI mungkin agak sensitif untuk pesakit. Oleh demikian, dengan memejam mata dan tampil relax, ia sedikit sebanyak melupakan suasana sempit mesin MRI. In fact akak sempat terlelap seketika walau suasana agak bising hahahaha.
3) KEKAL MOMENTUM PERNAFASAN
- Kita mati jika kita berhenti bernafas. Siapa setuju ? Akak tak menafikan akak juga hampir menekan butang kecemasan di pertengahan prosedur kerana akak tertekan sebab terlalu lama berbaring. Tapi akak kekalkan pernafasan pada rentak yang sama, pejam mata dan cuba relax supaya akak lupa untuk bergerak. Ia satu cabaran yang hebat tapi jika hampa kekal bernafas dengan tenang, hampa akan dapat menghadapi suasana di dalam bilik MRI dengan baik.
4) MINTA BUAT MRI TANPA SEDAR
- Setelah akak melalui prosedur MRI, akak menyaran kepada pesakit warga emas dan kanak-kanak supaya melakukan MRI tanpa sedar (menggunakan ubat tidur/ bius penuh). Alasannya kerana warga emas dan kanak-kanak sukar untuk kekal momentum berada di dalam bilik MRI dengan tenang kerana suasana yang bising dan perlu berbaring lama. Bagi pesakit seusia akak juga, jika anda rasa anda memang tak boleh tengok mesin MRI, seeloknya anda mohon supaya anda melakukannya semasa anda tidur/ tidak sedarkan diri.
Beginilah rupa tangan akak selepas branula ditanggalkan. Bengkak sikit dan agak pedih. Tapi alhamdulillah, proses MRI berjalan dengan lancar. |
Demikianlah sedikit sebanyak pengalaman akak menjalani prosedur MRI. Akak harapkan hampa semua mendapat ilmu dan maklumat yang tepat sebelum anda menjalani ujian MRI. Jangan takut dan kekal positif.
My brunch. Setelah hampir 12 jam berpuasa maka akak belanja diri mkn mekdi sbb MRI berjaya :) |
Thanks for reading :)
Comments
Post a Comment