Fantasia Aquapark Jitra
Assalamualaikum pembaca yang budiman. Terima kasih kerana masih sudi meluangkan masa membaca belog sendu ini.
Pertama kali, akak nak ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kedah (Lang Merah) di atas kejuaraan di dalam Piala FA 2018 malam tadi. Tahniah juga kepada pasukan Perak (The Boss Gaurus) kerana menampilkan corak permainan yang hebat. Brendon Gan tu hensem giler guys!
Kenangan tahun 2016 ketika Kedah menang Piala Fa menentang Selangoor. Kenangan bersama #SMAHI kekal di dalam sanubari. |
Fantasi Aquapark dibuka lebih kurang setahun lalu dan ia terletak di Tasik Darulaman, Jitra. Siapa pernah lalu highway ke/dari Bukit Kayu Hitam memang biasa tengok tasik ni. Korang boleh exit Bandar Darulaman atau exit Jitra untuk ke situ.
Pintu masuk sini ada replika lebah dan kumbang. Akak pon tak pasti kenapa serangga ini dijadikan model. Memang senang sangat landmark nya. |
Harga yang ditawarkan juga mampu masuk. Ada juga pakej penginapan yang pada hemat akak agak berbaloi bagi pengunjung luar negeri Kedah. Kadar harga pada hari minggu mahal RM3 (kot) dari hari bekerja. Kadar harga antara RM15 - RM27 bagi kanak-kanak, dewasa dan warga emas. Akak pergi semalam bawa seorang kanak-kanak, 2 orang dewasa dan seorang warga emas, kena bayar RM84 jer. Tiket boleh booking/ beli di laman web ini atau walk-in sebelum jam 6 petang.
Tempat ni tutup pada hari Selasa (kecuali cuti umum/ cuti sekolah) dan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 malam (Jumaat - Ahad) dan jam 12 tengahari hingga 7 malam (Isnin, Rabu-Khamis).
Pakaian yang tak dibenarkan ialah jeans, pakaian berzip, lampin pakai buang, boxer. Pendek kata pakai pakaian yang sopan. Seluar sukan ke baju sukan ke baju renang ke semua boleh pakai kecuali pakaian tersebut ada zip yang mana zip boleh merosakan peralatan di situ dan aspek keselamatan. Google boleh bawa sendiri. Sewaan pelampung disediakan dan deposit akan dikembalikan tapi akak tak sewa apa-apa sebab air cetek je. Makanan luar tidak dibenarkan dan kafe menyediakan makanan berat dan ringan yang sedap dan harga berpatutan. Nasi ayam cuma RM7/set. Standard la kan? Setiap angle ada life guard yang pantau jadi memang selamat dan terkawal hehehe.
Panoramic view kawasan dalam taman air ni. Ia ada beberapa section yang berhubung melalui water tunnel. |
Kolam utama. |
Korang boleh zoom pada gambar dan akan nampak amaran paras air sedalam 900mm. Masih dlm keadaan selamat untuk kanak-kanak, in fact semua kolam dan tunnel had air nya 900mm dan kurang :) |
Pengunjung tidak dibenarkan berenang di dalam kolam atau tunnel. Kalau degil sangat, risikonya korang tanggung sendiri okay! |
Kawasan kanak-kanak main mandi. Orang dewasa pon join sekaki hahaha. |
Water tunnel. Kalau guna pelampung tu memang seronok sebab dia pusing satu taman air ni. Kalau berjalan macam anak akak ni memang penat tapi seronok. |
Gelongsor air pon ada weyh! |
Hmmmm nak cerita apa lagi ek? So far akak recommend tempat ni kepada anda semua untuk datang sebab ia murah, selesa dan mesra.
Kemudahan surau dan tandas disediakan. Ada jugak ruang atas yang luas (terbuka) untuk disewa (booking) kalau korang nak buat family day. Jadi privacy la sikit kan? Ada Bee Store iaitu tempat untuk korang beli cenderamata atau beli baju renang, pelambung yang ikat di lengan ke nak beli waterproof phone case ke kan.
Itu sajalah perkongsian untuk hari ini. Kalau ada apa-apa yang terlintas di fikiran, akak akan update entri ini.
Thanks for reading :)
Comments
Post a Comment