10 Disember 2017 || 5 tahun
Assalamualaikum readers,
Hari ini genaplah 5 tahun saya menjawat jawatan sebagai Penyelia Asrama.
Seumur hidup saya, tak pernah terlintas di fikiran akan bekerja di sektor pendidikan sbg seorang anggota kumpulan pelaksana, yg ada angan2 nak jadi cikgu jer hehehe.
Tapi saya mmg berazam utk bekerja dgn kerajaan Malaysia, no matter what!
Kalau diukur pada jarak masa, 5tahun mmg lama. Kalau berkahwin, mungkin anak dah 2 org. Kalau menabung mungkin dah cecah RM 10k. Kalau melancong mungkin dah blh pusing dunia 2 kali setengah. Kalau belajar mungkin dah habis sekolah menengah.
Tapi saya tetap saya. Masih single tapi tak bankrupt :))
Satu je saya nak nasihatkan kpd job hunter di luar sana iaitu berdoa, teruskan berdoa dan jgn berhenti berusaha krn Allah S.W.T. sentiasa ada dan Dia Maha Mendengar. Bila tiba masanya, Dia akan kurniakan kita sesuatu yg kita perlukan.
Saya dpt kerja kerajaan selepas 48 kali memohon dan lebih 20 kali menghadiri temuduga. Semua tu berlaku dlm tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian ijazah. Kerjaya ni pon sepupu saya yg promote kan. Alhamdulillah mungkin rezeki saya di sini.
Tahun 2018 dah dekat jadi kuatkan tekad dan keazaman. Buat baik pd semua org. Teruskan berusaha dan berdoa. Yakinlah kpd Dia Yang Maha Kuasa, pemberi rezeki buat sekalian alam. InshaaAllah kejayaan pasti datang. ♡♡♡
Thanks for reading.
Love,CZ.
Comments
Post a Comment