Duit Raya

Satu-satunya gambar raya bersama anak pd tahun ini, Aidilfitri 1438H
Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Aidilfitri tahun ini, antara sambutan aidilfitri tersibuk di abad ini kerana kitorang buat majlis sambut menantu. Menantu mana? Sila rujuk gambo di atas bhahaha. #rayanitakkawenlagi

Okay, berbalik pada cerita duit raya. Actually, duit raya ni ada org ckp ia satu sedekah, ada org ckp ia satu hadiah, ada juga org ckp ia pemberian bila mana kita ada lebihan belanja pra raya. Walau apa jua takrifannya, duit raya sgt sinonim dgn hari raya di Malaysia. Baik raya aidilfitri/aidiladha, raya cina, deepavali, krismas dll. Seriring perkembangan teknologi, ada juga yg gantikan duit raya dgn hadiah or barangan lain yg lebih bernilai/ berguna kpd sanak saudara. Gitew!

Perlu ke anak belanja semua duit raya dorang?
Bagi saya, ya! Bukan bermakna nak ajar anak jadi boros, tapi bergantung pada benda dan tujuan perbelanjaan tersebut. Honestly to say, raya tahun ni merupakan tahun kedua saya gunakan 80% duit raya anak saya untuk disimpan. Tahun2 sebelum ni, semua duit raya anak saya, saya gunakan untuk membeli barang keperluannya. Antara barang yg kitorang beli guna duit raya anak saya seperti walker, basikal, pergi bercuti, jam tangan, game, kasut bla bla. Sejujurnya sbg masyarakat marhein low class income, mmg agak bullshit sgt bila mana saya terbaca bab duit raya anak satu pelaburan bla bla. Rugi guna duit raya anak utk beli gadjet bla bla. Correction: low class income people never used duit raya to buy gadget, we use it to buy food. Tapi saya tetap baca jugak bab pelaburan tu utk masa depan. Maybe tak blh praktik sekarang, sapa tau tahun depan lebih stabil so blh try tips and tricks nya.  

Kenapa saya bazirkan duit raya anak untuk barangan yg blh saya beli sendiri?
Memang tak dinafikan tanggungjawab mak ayah utk sediakan keperluan anak tapi ada masa saya tak mampu. Jadi saya topup sikit dgn duit raya anak saya. One more saya rasa kesusahan anak berjalan beraya dari rumah ke rumah, jadi sbg reward saya rasa tak salah utk anak saya belanjakan sikit duit raya dia buat beli apa yg dia idamkan. Lagi satu kerana saya sudah ada simpanan asing utk anak saya secara berkala. Tambahan sejak anak dah menginjak usia 9 tahun ni, dia dah pandai tanya duit raya dia dah simpan ke belum? Boleh tak dia nak guna duit raya sikit utk beli bla bla bla? Jadi pada hemat saya, anak saya sudah faham tentang pendapatan, pelaburan dan perbelanjaan. Wah, hebatnya huraian hahaha.

Apa pandangan saya terhadap ibu bapa yg guna duit raya anak?
Saya bukan bercakap soal hukum atau meletakkan agama di belakang atau sebab saya pernah buat jadi saya halalkan. Tidak sama sekali. Saya sendiri juga terkeliru ttg hukum penggunaan duit raya anak. Ada yg ckp haram, ada yg ckp boleh jadi saya huraikan mengikut pengalaman peribadi saya sebab saya pernah melalui zaman kegelapan dan pernah guna duit raya anak saya jugak. Takkan nak biar anak mati tak minum susu semata nak simpan duit raya di bank? Takkan nak biar anak berpanas siang malam sedangkan anak perlu sebuah kipas utk keselesaannya? Tapi bila kita dah berduit, kena bayar balik or gandakan simpanan anak kita tu. Bukan utk siapa tapi utk kesenangan hidup kita di masa hadapan.

Disclaimer ||
Idea menulis ini tercetus bila saya rasa sayu sebab office mate cerita dia jumpa seorang budak naik moto kapcai dgn beg sekolah yg masih bertanda harga. Pasti budak tersebut guna duit raya sendiri utk beli beg sekolah baru. Then saya pon tak banyak kerja di office jadi satu coretkan apa yg terbuku di hati saya di sini. Nak tulis di FB pasti ramai yg kecam sebab kwn2 FB semua org kaya hahaha dan ini bukan satu tulisan agung yang perlu dibahaskan. Andai ada tersalah fakta or fatwa, sila betulkan saya.

Thanks for reading 😊

Comments

Popular Posts