Tingkatan 6
Hola girl yg manis dan boy yg sado :)
Anda baru lepas SPM?
Result okay tapi tak bersedia ke alam IPT. Atau result suam-suam air milo-nak tebus kegagalan SPM.
Anda nak ke sekolah yg lbh banyak menyanyi dr mengaji?
Anda lebih suka kira biji karom dari buat latihan matematik?
Anda suka jln2 pusing sekolah dari terangguk-angguk dpn papan hitam?
Jemputlah masuk ke Tingkatan 6. Ia satu peluang dan ruang yg sgt awesome utk diterokai. Kakak manja bukan nak cite pasal pelajar tingkatan 6 takde wawasan 2020, tapi seriously pengalaman belajar di tingkatan 6 jauh menarik. Korang akan belajar dlm suasana yg santai dgn 4 atau 5 subjek je. Lepas tu layanan cikgu2 terhadap korang mmg berbeza berbanding masa korang tingkatan 5. Kalau dulu masa ting 5 cikgu A punya garang dgn korang tp percayalah bila korang masuk.ting 6, cikgu A akan layan korang bagai menatang minyak yg penuh.
Kenapa tingkatan 6?
Korang pnh dgr PTPTN? Kalau rasa tak nak terbeban hutang sebelum kerja, masuklah tingkatan 6. Kerajaan juga sedia baucer buku utk pelajar tingkatan 6 (sedih masa kakak manja study dulu takde benda ni), ada biasiswa lagi, yuran exam exempted (yuran IPT dlm 1.3K hingga 1.5K satu semester) blh pakai baju biasa you all-no more school uniform (tertakluk pd pindaan sekolah).
Korang jimat setahun dua ke pengajian ijazah. Kalau sambung ke diploma ke asasi ke sijil ke, nak ke ijazah tu bertahun jugak. Maka beribu lagi PTPTN tanggung maka masa terbuang (kata nak kawen awal kan?) pastu hutang pon bertambah. Kalau masuk tingkatan 6, dlm setahun setengah (STAM less than a year) je korang dah selangka ke pengajian ijazah.
Kurikulum tingkatan 6 juga setanding IPT. Skrg ada sistem merit kredit debit, semester, bla bla bla. Cuma tak jumpa pensyarah-jumpa cikgu tapi ilmu tetap sama.
Satu lagi korang dah ada pakej lengkap ke ijazah sarjana muda. Apa pakejnya? MUET. MUET ni bukan tiket ke pengajian ijazah sarjana muda tapi kalau takde MUET ke tak dpt result MUET yg baik (ikot standard IPT) korang mmg tak grad degree dgn jayanya. MUET pulak host di sekolah. Kalau dr diploma ke ijazah, korang kena ambil sendiri (daftar di JPN dan JPN akan bg sekolah mn host exam nanti) tapi dgn tingkatan 6 semua teacher/sir yg urus smpai berjaya.
Jadi jangan malu jangan down untuk ke tingkatan 6. Dulu kakak manja malu, rasa tak best kena sekolah lagi walhal kawan2 semua dah di politeknik (actually kakak manja study poli dulu seminggu dua lepas tu homesick, baru reverse ke form 6). Tapi skrg kakak manja happy sebab tingkatan 6 satu tempat yg sgt bagus untuk kembangkan potensi diri. Kira macam pra peralihan dari sekolah ke IPT. Takde la nak culture shock sgt masuk IPT. Lecturer ckp bt asignment guna APA sistem, kita dah tau. Pastu blh skip subject english di IPT kalau MUET band 4 ke atas.
Good luck adik-adik sekalian :)
Comments
Post a Comment