Siti Zubaidah binti Shaari
Credit to Power of Positivity |
Assalamualaikum readers :)
Hari ini CZ nak dedikasikan entry untuk #bff CZ iaitu Cik Bed. Famously known as Adda. Sejak ber-blogging nih, CZ memang akan pilih sorang personaliti yang akrab dgn CZ untuk CZ dedikasikan dirinya di page sendu ini. Kawan2 yg tak terpilih jgn rasa sedih (kot la ada kawan2 yg terbaca entry ni). In shaa Allah one fine day, mungkin nama anda terpahat di sini. Chewah! Ayat tak ingat.
Honestly to say, CZ tak dapat recall macam mana permulaan perkenalan kami. Hari pertama di Kolej Proton, UUM, CZ berkenal an dgn Bena, Faizah, sorang budak Sabah (sorry cannot recall her name), Dayang (masuk UUM masa minggu orientasi je sbb parent dia usaha bawa dia masuk Unimas sbb dia org Sarawak). CZ dan Bena satu course dan the day before class bermula. Kitorang dah travel satu UUM tgk class kat mana. Maklumlah masa orientasi tak sempat nak tawaf. Just kenal2 gitu je sbb nak setelkan task masa orientasi.
Berbalik pada Si Bedah (CZ suka panggil dia Bedah), CZ kenal dia rapat lepas kami byk kelas bersama. Then kami pulak berjiran (baru sedar berjiran dengan course mate lepas dah harung 2 minggu di UUM). Lepas tu kami diberi peluang jadi room mate masa sem 2 sbb kami masing2 ber-room mate dgn kakak senior masa sem 1. Jadi bila senior dah grad dapatlah kami bersama sebilik. Thanks Kolej Proton UUM. Walaupun sempat jd room mate 1 sem saja (masa sem 3 CZ kena campak ke Kolej Bank Muamalat UUM) tapi Bedah antara sahabat yg setia.
Kenapa CZ panggil dia sahabat setia?
Bedah selalu ada saat CZ memerlukan dia. Walau kami tak bersama utk jangka masa yg lama. Tapi Bedah sorang kawan yg sgt baik. Tak dinafikan mungkin takdir Illahi tak pernah bagi kami peluang bersama dlm tempoh yg panjang. Jadi room mate pon dlm +/- 5 bulan. Bila kami dah sama2 keja, Bedah kawen dan tinggal di luar negara lama. Kami hanya berhubung melalui media sosial. Even sampai sekarang pon. Kami juga tak pernah bertemu selepas tamat pengajian di UUM. Tapi Bedah tak pernah lupa saat pahit manis suka duka selama kami bersama.
Deep within my heart, CZ bersyukur dikurniakan sahabat setia seperti Bedah. Bukan nak cakap kawan yg lain tak baik. Tak okey. Semua kawan2 baik. Tapi CZ dan MH terhutang budi pada Bedah. Fasa pertama selepas penceraian sungguh perit dan sakit buat CZ dan MH. Luckily Bedah banyak membantu dari segi emosi, fizikal dan material. CZ banyak berkongsi suka duka dgn Bedah dan dia seorang yg sangat matang, berfikiran jauh ke depan, penasihat yg baik walau secara fizikal orangnya genit!
Hari ini, sudah hampir 12 tahun CZ kenal Bedah. Seiring masa berlalu, manusia berubah dan CZ tumpang gembira dengan perkembangan positif Bedah. Soon, Bedah mungkin akan meninggalkan Malaysia mengikut suaminya ke negara asing. CZ akan kehilangan seseorang yg pandai memberi kata2 nasihat. Perpisahan ini mungkin untuk beberapa bulan, tahun ... Tapi CZ dan Bedah harap Allah S.W.T akan pelihara kasih sayang ini. Kami pon taktau bila akan dipertemukan kembali. Andai kami tidak dapat bertemu di dunia, semoga Allah pertemukan kami di sana.
Terima kasih Yang Maha Esa kerana mengurniakan seorang sahabat yg baik.
Terima Kasih Adda kerana menerima aku dan anakku seadanya kami.
Semoga Allah S.W.T. merahmati dirimu dan seisi keluargamu walau di mana jua dikau berada.
I love you Siti Zubaidah binti Sha'ari.
Comments
Post a Comment