Persediaan Menghadiri Temuduga



Hola :)
Rentetan daripada kegagalan saya di dalam temuduga jawatan PTD dan kisah-kisah duka graduan yang sering gagal di dalam temuduga pekerjaan, so cZ terpanggil untuk berkongsi persiapan untuk bertemu penemuduga. Pengalaman peribadi ditemuduga dan pengalaman pernah berkecimpung di dalam bidang sumber manusia diharap membantu rakan-rakan untuk memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing sebelum menghadiri sesi temuduga.


1. Bersolat

Cliche tapi realitinya ia satu alternatif. Solat sunat istikarah dan solat sunat hajat dapat membantu memberi petunjuk. cZ pernah bermimpi tentang satu majalah sebelum ditemuduga last year dan kebetulan masa lepak2 di KL Sentral sebelum ditemuduga, ternampak majalah tersebut. cZ beli dan baca untuk redakan stress. Alhamdulillah soalan karangan untuk temuduga tersebut merupakan isu yang dikupas di dalam majalah tersebut. Ada juga pengalaman kawan2 yang mimpi muka penemuduga etc. Jadi apa kata kita mula amalkan ini selalu :)

2. Penampilan diri / pakaian

First impression is important. Perempuan kalau bencikan bunga memang pelik sebab bunga cantik dan colourful. Okay, tatahias diri perlu dititikberatkan oleh setiap orang. Berhias tak semestinya memerlukan modal yang besar dan berjenama. Kekemasan dan kebersihan ialah aspek utama. Jika anda berdepan temuduga perjawatan di sektor korporat atau pejabat, disarankan untuk memakai pakaian eksekutif, bertali leher, berkasut tumit dan paling tidak pun berbaju kebangsaan & nampak sopan. Sekurangnya panel menilai anda sebagai seorang yang beretika dan pandai menjaga imej & prestij pekerjaan yang bakal anda pegang dan majikan/ syarikat anda. Bagi wanita disarankan untuk mengenakan sedikit warna di wajah supaya nampak segar, jika bertudung biarlah minima tak perlu memintal shawls sampai nak terbelit leher dan pakailah kasut bertutup - No Sandal Allowed-.

3. Dokumentasi

Resume dan temuduga ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Sediakan satu resume yang ringkas tetapi padat. Harus diingat bahawa anda sedang berdepan panel yang mungkin terdiri daripada ahli korporat, ahli politik, VVIP, menteri ataupun seseorang yang berpengalaman selama 30 tahun di dalam bidang pengkeranian. Jadi sekilas ikan di air sudah dorang tau ikan apakah itu. Trend terkini, panel lebih tertarik pada nombor/ angka di dalam resume. Contoh : no. Telefon, tempoh bekerja dari satu syarikat ke syarikat yang lain, total pengalaman kerja/ tahun bekerja, CGPA anda, bilangan tempat kerja sebelum ini dll. Jika diminta dokumen tambahan, SILA SEDIAKAN SELENGKAPNYA!. Kadang-kala hanya gagal kemuka testimonial atau sijil akuan dan kad kuasa, anda terlepas job tersebut. Ambil masa sekurangnya tiga hari awal untuk sediakan dokumentasi dan pastikan no telefon terkini & aktif. Cuba stick dgn 1 pekerjaan dalam tempoh yang lama -setahun ke- sebab panel mungkin doubtful untuk ambil you all bekerja jika resume penuh dgn senarai company walhal korang baru dua tahun grad. 

4. Kemahiran tambahan

Rebut peluang untuk menarik perhatian panel dengan memaklumkan anda memiliki kemahiran tambahan. Tapi jangan pulak korang menipu. Tipu satu dosa okay :)  cZ terkesal sebab tak meluahkan kepada panel penemuduga PTD yang cZ memiliki kemahiran berbahasa ke-3 dan ke-4 T____T. Zaman sekarang ramai yang berubah bidang. Ada belajar engineering tapi jadi chef dan ada degree pendidikan tapi jadi penyanyi. Kalau you all ada kemahiran mereka bentuk laman web ke, boleh berbahasa korea ke, selalu melancong dan pandai selok-belok Perth ke, suka berinovasi dan pernah mencipta sebatian kimia tapi tidak dikomersilkan, seorang sprinter atau penari kebudayaan, cZ sarankan anda luahkan. Sebagai seorang majikan, mereka memerlukan seseorang yang boleh membantu meminimakan masalah dan risiko di pejabat. Solution ialah melalui kaedah dan kemahiran yang anda miliki. Mungkin kedengaran agak berlagak sebab kemahiran ciput tapi cerita serelong tanah. Akan tetapi sebenarnya ia membezakan anda dengan calon yang lain. Buat apa company hired dua orang untuk dua tugas berbeza sedangkan seorang boleh melaksanakan kedua-duanya. Fikirkan. Jika anda mempunyai banyak masa dan modal, disarankan untuk mengambil kelas tambahan seperti kelas perakaunan, kelas bahasa, kelas trengkas, kelas electrical AO/ chargeman.

5. Pengetahuan

Iqra'. Masyarakat membaca ialah masyarakat berilmu -iklan-. Ambil masa sehari dua untuk study syarikat/ jabatan dan jawatan yang bakal anda ditemuduga. Pada masa temuduga inilah anda akan ber-meet-ing buat pertama kalinya dgn BOD company tersebut/ ketua jabatan. Kenal pasti fungsi dan matlamat syarikat/ jabatan, hala tuju, kejayaan dan sumbangan yang bakal anda berikan. Anda juga mesti faham tugas dan fungsi anda untuk jawatan tersebut dan bagaimana anda ingin melihat diri anda dalam 5 ke 10 tahun mendatang jika ditawarkan pekerjaan. Cuba read back iklan jawatan tersebut dan tengok semula kriteria yang diperlukan. Dari situ anda sudah boleh bersedia untuk menjangkakan sesi temuduga akan dikendalikan di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Jika iklan jawatan mengutamakan seseorang yang proficiency di dalam Bahasa Inggeris/ Mandarin/ Jepun, jadi tonjolkan kemahiran berbahasa tersebut. Jika jawatan memerlukan anda praktik buka CPU so buatlah praktikal awal di rumah. 

6. Elakkan beralasan.

Semasa memohon sesuatu pekerjaan, memang telah terbentang kekosongan tersebut di ... So anda harus bersedia to relocate atau ad-hoc plan jika ditawarkan penempatan. Bagi yang bekeluarga, anda harus meyakinkan panel bahawa anda memang nekad dan tekad kalau kena move to oversea pon anda no hal and ready 24/7 with plan bla bla bla. Jika tiada transport kena adakan atau cari alternative segera untuk counter problem you all. Cuba elak daripada memberikan alasan karut atau sedia maklum jika pekerjaan memerlukan anda selalu outstation atau over time. Jika pekerjaan memerlukan anda travelling pastikan anda tidak black listed oleh PTPTN dan Imigresen Malaysia. Jangan nanti bila diajukan semuanya tak boleh. Alamatnya memang tak boleh lah anda kerja di company/ jabatan tersebut.

7. Tonjolkan kelebihan, pendamkan kekurangan.

Semua manusia lahir tidak sempurna. Panel temuduga biasanya bosan dengan calon-calon sebab hari-hari kerja dorang tengok muka orang dan tanya soalan. Kadang tak tanya soalan pon dorang dah tau jawapan apa akan korang bagi. Jadi alert dengan tricky questions dari panel. Stick to your answer. Panel biasanya akan mengulangi soalan yang sama dengan menonjolkan situasi yg berbeza. Dorang nak tgk tahap keyakinan diri kita, ke-alert-an kita, solutions kita bagi setiap masalah (actually masalah yang sama tapi panel nak tgk kaedah yg digunakan berbeza or sama), reaction kita, body language, team work, personality, charisma, leadership, character dll. Kalau ada tricky question yang mmg real nampak kekurangan diri, cuba untuk counter dgn kelebihan peribadi. Misalnya korang dah datang lambat interview, kena pulak calon pertama dan dokumen tak lengkap, cZ ucap good luck untuk korang-korang ini. Dan bagi korang yang fluent in english, smart looking, CGPA 4.0, siap pernsh menang anugerah inovasi belia lagi. Jangan over confidence. Itu semua dunia semata. cZ yakin dah lebih 20 tahun kita hidup di dunia ni so mesti korang arif dengan kelebihan diri masing-masing.

Peluang tak datang sepuluh kali. Sebenarnya setiap kegagalan memberikan kita jalan ke arah kejayaan. Find your own way and strike for it. Bertawakal dan elak berprasangka buruk. Setiap kejayaan milik Allah. Jika gagal pon Allah masih memberikan kita rezeki. Never give up. cZ ucapkan selamat maju jaya kepada semua. Jangan kerana gagal dalam mencari pekerjaan yang sesuai, kita marah kepada PTPTN. Please be remembered that PTPTN is an aid for us to further our studies and its giving us a chance to gain our knowledge.
Doa, sabar & yakin. In sha Allah kita semua pasti berjaya.

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts