Visit Malaysia 2014


Hola & ahlan wa sahlan :)

I'm listening to the Hot FM AM Krew  dan sangat tertarik dengan topik ; 

"Visit Malaysia 2014. Apa yang best di tempat anda ?"

My target for this entry is our local and foreign visitor since we're promoting Malaysia to the international tourist. Therefore my entry will be using the correct Malay Language in order to help the foreigner to translate my entry to their  mother tongue :)

Orite, dengan ini saya ingin berkongsi destinasi terbaik yang harus dikunjungi jika anda melawat tempat saya - 
Yan, Kedah ; The District of Tourism :)

Yan, Kedah terletak di utara Malaysia kira-kira 100km dari sempadan Malaysia - Thailand. Ia merupakan 'pitstop' di antara bandar Alor Setar & Sungai Petani dan perkhidmatan bas MARA ialah pengangkutan awam utama dominan bagi penduduk kawasan ini untuk ke bandar-bandar tersebut.

Destinasi pertama - Gunung Jerai.
Kawasan peranginan tanah tinggi (Kedah Peak) yang terkenal dengan keindahan alam sekitar, air terjun dan flora dan fauna. Dari atas gunung ini, kita boleh menikmati pemandangan sawah padi saujana mata memandang dan dapat melihat hampir keseluruhan muka bumi negeri Kedah termasuklah pulau-pulau berhampiran.
 Amazing
Terdapat perkhidmatan kereta / jeep pengangkut yang akan membawa anda naik dan turun dari gunung ini. Jika ingin memandu sendiri pun tiada halangan dan patuhi arahan keselamatan. Perkhidmatan penginapan tersedia oleh  The Regency Jerai  atau hubungi  +604-4667777 untuk tempahan. Gunung Jerai juga kawasan yang kaya dengan sejarah purba dan mitos. Memang tempat yang berbaloi untuk dikunjungi.

Destinasi kedua - Air Terjun (waterfall)
Memang sangat annoying kalau anda tidak mengunjungi kawasan air terjun di daerah ini jika menjejakkan kaki ke sini. 
Titi Hayun, Batu Hampar, Perigi dan Kampung Raga ialah kawasan air terjun dan tempat bermandi-manda yang sangat popular di sini. Kawasannya agak terpencil dan tiada perkhidmatan bas disediakan. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi di pekan Yan atau memandu sendiri. 
Kemudahan penginapan disediakan di Titi Hayun (chalet & perkhemahan) dan Kampung Raga (homestay & perkhemahan). 
Dari Titi Hayun, anda boleh menaiki anak tangga (Tangga Kenari) ke puncak Gunung Jerai. 
Jika ingin merasai pengalaman berkayak silalah ke Kampung Raga.
Awesome ?
Jom Visit Malaysia 2014 :)

Destinasi ketiga - Pantai Merdeka 
Independent Beach ?
Sebenarnya Pantai Merdeka sudah jauh dari daerah Yan tetapi ia dihubungi oleh Tanjung Dawai melalui bot dengan jarak perjalanan selama 15 minit. Tambang bot dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka ialah RM 2.00 seorang (mungkin dah naik). Perkhidmatan sewa bot untuk mengelilingi kawasan sekitar juga turut disediakan dengan anggaran RM 180 +++ bagi sebiji bot dan akan membawa anda menikmati kawasan hutan bakau dan Pulau Sayak. 
Tempoh masa kurang pasti sebab masa naik dulu tahun 2011 :)
Tanjung Dawai juga terkenal sebagai jeti nelayan. Justeru banyak medan ikan bakar dan ikan segar untuk dinikmati atau dibeli di bawa pulang. 
Ikan kering dan produk hasil laut juga sangat banyak dan rambang mata memilih. 

Destinasi keempat - Pantai Murni
Ia hanya sebuah pantai untuk ikan belacak/ tembakul (mudskipper) berenang :P
Pantai Murni sesuai untuk bersantai bawa anak-anak main buaian dan makan rojak. Tapi pemandangan di waktu senja memang yang terbaik. 
Kita juga dapat melihat deretan pulau-pulau kecil (Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsong) dari sini.
Terdapat sebuah menara peninjau di deretan kedai makan di sini untuk kemudahan orang awam melihat pemandangan.  
Selalu orang akan singgah ke Pantai Murni selepas mandi-manda di Titi Hayun sebab jarak antaranya dekat dan Pantai Murni juga menyajikan juadah-juadah istimewa penduduk setempat.

Destinasi terakhir - Tuas Ikan (fishing)
Okey. Tempat ini memang yang terbaik dan wajib untuk kaki pancing sedunia.
Ada perkhidmatan sewa bot dari Kuala Dulang dan kuala-kuala lain yang berdekatan. 
Sesiapa berminat boleh hubungi sepupu saya +6019 -5496305 (Abang Halim).
Kadar sewa bot, kurang pasti.
Boleh juga memancing di Jambatan Pulau Bunting. Boleh pergi ikut jalan Kuala Sedaka. Di sini tiada kemudahan penginapan dan pengangkutan. Jadi pandai-pandailah bawa diri :)


Makanan.
Okey. Bab makan di sini Don't Worry. Memang banyak restoran dan gerai makan yang sedap. Medan ikan bakar Tanjung Dawai dan di Gurun antara yang terbaik. Selain itu, The Pohon's Kitchen, Abi Ahmadi, Mee Rebus Ismail dan Char Kuew Teow Abang Halim di Taman Yan serta medan selera yang banyak bertaburan di serata daerah ini.
Tidak dilupa warung kuih Kak Melah di pekan Sungai Limau. Di sini banyak kuih-muih dijual setiap hari dari jam 2 petang. Antara kuih yang famous ialah tepung bungkus :)
Kalau anda datang pada musim buah-buahan lagi bagus. Dapat menikmati buah-buahan segar dari dusun seperti durian, rambutan, duku, langsat, manggis dan lain-lain.
Minuman popular air nira nipah memang bersepah di sini.
Manisan dari nira nipah juga berlambak di sepanjang jalan. 

Pengangkutan.
Kebanyakkan mat saleh (foreigner) datang ke daerah ini secara berbasikal (cycling). Romantik sangat tengok mereka yang sudah berusia datang dengan pasangan naik basikal berdua (tandem bikes). 
Travel by bus. Ada hentian bas Mara di pekan Yan dan boleh naik bas henti-henti dari stesen bas Sungai Petani atau Alor Setar. Stesen bas ekspres terdekat di pekan Guar Chempedak atau Terminal bas Shahab Perdana, Alor Setar dan Hentian Bas Ekpres Sungai Petani.
Travel by train. Stesen keretapi terdekat di pekan Gurun dan perlu naik teksi untuk ke pekan Yan. Tiada perkhidmatan bas dari Gurun ke Yan. 
Travel by aeroplane. Lapangan terbang terdekat di Kepala Batas, Alor Setar atau Bayan Lepas, Penang. Dari lapangan terbang boleh naik teksi atau naik bas henti-henti ke Yan.
Menaiki kenderaan sendiri lebih seronok sebab jarak antara satu destinasi ke destinasi yang lain berdekatan. Kalau jalan kaki memang boleh sakit urat saraf juga. Pengangkutan awam memang tiada untuk bawa terus ke destinasi. 
Teksi memang banyak tetapi agak mahal.

Penginapan.
Hotel bajet, homestay, chalet dan berkhemah tersedia. Tak perlu runsing untuk booking sebab first come first serve
Harga masih boleh dirunding. Pandai-pandailah tawar menawar ye.
Ada homestay yang sediakan perkhidmatan dobi. Jadi sediakan duit sahaja :)

Pilihan saya, hotel bajet di Bedong, Shuhada's Homestay, D'yan Chalet, Enap Desa Kampung Raga dan homestay hadapan Hospital Yan. 
Chalet di Kuala Sungai Limau juga tersedia. Tapi saya tak pernah pergi jadi kurang pasti :)

Keselamatan.
Terdapat Ibu Pejabat Polis Yan, Hospital Yan, Balai Bomba Yan, klinik-klinik swasta, farmasi dan bengkel-bengkel membaiki kenderaan.
Aspek keselamatan pun Don't Worry sebab ada Balai Polis & Balai Bomba di Guar Chempedak, klinik kerajaan dan swasta serta farmasi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pendek kata banyak pilihan jika anda berdepan dengan kesukaran.

Perkhidmatan talian telefon dan wifi juga antara yang terbaik. 
Selamat Bercuti ke Daerah Yan ; Daerah Pelancongan.
Visit Malaysia 2014.

Thanks for reading :)

Comments

  1. Good info..saya org Guar Chempedak tapi la ni menetap kat Selangor. Selalu gak ronda2 area Yan time balik kg. Suka sangat dengan view sawah berlatar belakang Gunung Jerai. Kadang2 ronda sampai ke jeti nelayan Dulang & jambatan Pulau Bunting. Boring2 boleh p mandi kat Titi Hayun or Seri Perigi. Selalu gak p makan ikan bakaq kat Tg. Dawai;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts