Chef Selebriti 2
Assalamualaikum, hola!
Dear readers bakal chef semua :)
Sekarang ni demam dpt duit free & absolutely mudah. Betoi kn ?
Byk giler aktiviti or competition yg sng utk participate ; sapa tak join-rugi & tak perlu modal ; sapa keluar modal-kena tipu !
Berbalik kpd entry ini & pengalaman sendiri, sgt lah malu ttg masak-memasak.
1st time berkecimpung dlm masak2 ms zaman kecik-kecik-main-masak-masak-dengan-kawan-sekampung.
Pastu 1st serius masak ms kelas Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah tingkatan 1. Masak sandwish! Group kami semua anak dara tp sorang pon tak tau bt sandwish sampai tahap hancurkan telor rebus-walhal cikgu suruh potong telur slices.
After all, nekad belajar masak masa form 4. I still remember saat-saat periuk terbakar sbb periuk terlalu panas. That time camping kat belakang sekolah je, mujur lah my crush + jejaka2 gorgeous d sekolah p semayang Jumaat. Kalau tidak malu muka cheq. Dah la kak-kak senior sume riuh-rendah dgn kejadian tu. Malu setepek T_______T
Since that incident, asal balik cuti minggu mesti wajib masuk dapur tgk mak masak pon jadilah. Sejak dr itu, ringan juga lah kaki tangan ni memasak.
So, dgn baik hati nak support bakal-bakal chef semua, saya nak kongsi 1 resepi rahsia (pasni tak rahsia lagi) yg menjadi favourite seluruh keluargaku ...
MASAK ACHEH
Resepi ini mmg berasal dari Acheh, Indonesia. Family kiteorang dpt resepi ni sbb tinggal di Kampung Acheh, Yan, Kedah. So, to those yg suka pedas & bosan asal ikan-mesti-masak-kari; meh kita try ikan-tongkol/sore-masak-acheh.
Bahan-bahan.
- Minyak masak, bawang merah + bawang putih (untuk menumis)
- Segenggam belimbing buluh kering (bahan utama-takde so tak jadi Masak-Acheh)
- Ikan tongkol/sore (1 ekor or anggaran 1kg) dipotong-potong
- Cili padi (ikot kepedasan) anggaran 6-13 biji
- Bawang merah beberapa ulas / 2 ulas bawang besar
- Bawang putih beberapa ulas
- Sedikit serbuk kunyit
- 3 helai daun limau purut
- 2 kuntum bunga kantan
- Beberapa helai daun kesum
- Air (ikot suka hati)
To those yang tak pernah tau, inilah belimbing buluh kering. Kaedah mengeringkan ia amik masa berhari2 sbb kena rendam dulu, pastu keringkan then baru gaul dgn garam & masuk botol.
Langkah-langkah memasak Masak-Acheh
- Kisar bahan-bahan #2, #4, #5 dan #6 bersama sedikit air.
- Tumis bawang merah & bawang putih hingga berbau wangi. Wangi ke bau bawang ?
- Masukkan bahab-bahan yang dikisar ke dalam tumisan tadi. Biar ia masak/ menggelegak seketika. Agak2 dah pecah minyak or haruman teserlah, masukkan air dlm 200ml.
(anggaran air bergantung kpd tahap kepekatan kuah yg uols inginkan. Kalau suka pekat masuk air dlm 2 gelas, kalau suka cair masuk la 4 gelas) - Masukkan daun limau purut & daun kesum. Kacau-kacau.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit dalam kuah tadi.
(tujuan utk nampak kaler kuning je. Kalau tak masukkan serbuk kunyit pon boleh aje dong) - Masukkan ikan dan biarkan kuah mendidih.
- Bersama-sama itu masukkan bunga kantan dan sedikit garam.
(better rasa dulu la masin ke tak sbb belimbing kering mmg dah masin) - So selesailah memasak Masak-Acheh.
- Kalau nak nmpak menarik, boleh potong seulas bawang besar-potong dadu/4 dan masukkan dlm kuah yg tgh mendidih tadi & perahkan sedikit limau kasturi. Umph!
- Hidangkan bersama nasi putih or nasi dagang pon sedap.
Cengginilah hasilnya masakan korang itu nanti. Resepi mampu bertahan beberapa hari & makin pekat kuah dia makin sedap ia utk d makan.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment